Pelajar kita antara tiga maut nahas di India
SALEM (Chennai): Seorang pelajar perubatan tahun tiga dari Malaysia, Fatimatussolihah Aziz dan dua rakannya warga India, terbunuh apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka, petang kelmarin. Pemandu kereta yang hanya dikenali sebagai Dr Sabree dan seorang lagi warga India, R Sree Kumaran, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi pelajar warga India, Dr Mohseen, cedera parah dalam kemalangan itu. Fatimatussolihah, 22, berasal dari Kuala Terengganu, sedang mengikuti pengajian di Vinyaka Mission Dental College di Salem, 400 kilometer (km) dari Chennai.
Kemalangan itu berlaku apabila pelajar berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka yang terletak kira-kira 20km dari kolej itu, apabila sebuah bas penumpang tiba-tiba merempuh bahagian belakang kenderaan mereka. Kaunselor Pendidikan Malaysia yang berpusat di Chennai, Khairudin Abdullah, berkata Pejabat Konsul Besar di Chennai sedang melakukan persiapan untuk membawa pulang jenazah Fatimatussolihah ke Malaysia. Mayat itu dibawa ke Bangalore, iaitu lapangan terbang yang paling hampir, dan diterbangkan ke Malaysia lewat malam tadi.
artiket ini diambil dari:
http://www.bharian.com.my/Thursday/BeritaUtama/20091015001708/Article/index_html
No comments:
Post a Comment